
Filem '2012' yang bakal berada dipawagam bermula 12 November ini hanyalah gambaran tenatang hari kiamat yang digarap dalam filem Hollywood. Namun kebimbangan tentang rumos yang mengatakan kiamat berlaku 2012 sebagaimana tersebar luas di internet adalah didorong oleh sumber NASA berpandukan pada kalender maya yang berakhir pada 2012.
Tak sabar rasanya nak menonton tayangan 2012' arahan terbarunya. Filem ini menggambarkan tentang bencana alam yang melanda seluruh dunia pada 2012. dibintangi oleh John Cusack, Amanda Peet, Thandie Newton dan beberapa pelakon hebat lain.
Bila menonton filem-filem begitu, membuat aku menginsafi diri bertapa kerdilnya insan yang bernama manusia ini. Dengannya juga menyedarkan kita tentang kemusnahan bumi ini adalah akibat dari tangan-tangan manusia itu sendiri.
Bagaimanapun jangan percaya pada ramalan, kerana kiamat tiada siapa yang tahu kecuali ianya urusan Allah Suhanawataala. Bersedialah wahai saudara-saudara Islamku, kiamat bakal berlaku dan memang pasti berlaku!
0 comments:
Post a Comment