Wednesday, November 11, 2009

Lawatan Ke Muzium Nanas di Pontian, Johor.






















Pada 10 November 2009. seramai 9 orang guru-guru dari SMK Bukit Naning telah mengadakan lawatan ke Muzium Nanas di Pontian Guru.  Rombongan mini ini diketuai oleh Pengetua Tn Hj. Ibrahim b. Adzrai. Tujuan lawatan adalah untuk menjalin hubungan muhibbah antara pihak sekolah dan Muzium Nanas kerana SMKBN telah mewujudkan sebuah Galeri Nanas di sekolah kami. Kami tiba di sana lebih kurang 2.30 petang.  Disambut mesra oleh seorang kakitangan Muzium Nanas, En Ahmad Ahsik yang bertugas pada masa itu. Rombongan ini di bawa ke setiap sudut pameran. 






















Gambar menunjukkan En. Ahmad Ahsik sedang memberi penerangan tentang pelbagai jenis nanas yang ditanam di Malaysia.Selain dari buahnya yang boleh dimakan, daun nanas juga ada gunanya.
Tahukah anda bahawa daun nenas boleh menghasilkan benang.  Benang dari daun nanas boleh dibuat baju. Kain yang dibuat dari benang nanas ini dipanggil sebagai 'Kain Bodo'.  Kami difahamkan pakaian dalam gambar ini diperbuat dari benang nanas. Pada asalnya kain benang nanas ini diusahakan secara meluas di Filipina. Malah rekabentuk baju yang dihasikan pun sememangnya menyerupai baju kebangsaan negara Filipina.























Gambar di atas adalah alat meraut daun nanas. 
Gunanya alat ini ialah untuk mendapatlan benang dari daun nanas.
En. Ahmad Ahsik turut membuat demo bagaimana benang nanas diperolehi dari daun nanas.






















Gambar menunjukkan bagaimana melurut daun nanas sehingga terhasil benangnya.





Model peladang nanas yang macho habis. Sayangnyer bisu!

















Pokok Nanas hiasan yang terdapat di laman Muzium Nanas, Pontian.


Nanas LFT INDIA.

NanasLFT INDIA  ini memang mengkagumkan.  Mempunyai pangkal seperti Tapak Sulaiman. Hebat sungguh ciptaan Tuhan. Ada banyak lagi nanas yang menarik bentuknya tapi tak sempat dirakamkan kerana kami kesuntukan masa. Bagaimanapun banyak pengetahuan yang dapat dikumpulkan hasil dari lawatan singkat ini.  Kami harap Projek Galeri Nanas SMKBN akan dapat menghimpun sedikit sebanyak maklumat yang berfaedah kepada pelajar dan orang ramai kelak.






Terimakasih kepada MuziumNanas,Pontian, Johor.





0 comments: