Wednesday, November 11, 2009
Lawatan Ke Muzium Nanas di Pontian, Johor.
Pada 10 November 2009. seramai 9 orang guru-guru dari SMK Bukit Naning telah mengadakan lawatan ke Muzium Nanas di Pontian Guru. Rombongan mini ini diketuai oleh Pengetua Tn Hj. Ibrahim b. Adzrai. Tujuan lawatan adalah untuk menjalin hubungan muhibbah antara pihak sekolah dan Muzium Nanas kerana SMKBN telah mewujudkan sebuah Galeri Nanas di sekolah kami. Kami tiba di sana lebih kurang 2.30 petang. Disambut mesra oleh seorang kakitangan Muzium Nanas, En Ahmad Ahsik yang bertugas pada masa itu. Rombongan ini di bawa ke setiap sudut pameran.
Gambar menunjukkan En. Ahmad Ahsik sedang memberi penerangan tentang pelbagai jenis nanas yang ditanam di Malaysia.Selain dari buahnya yang boleh dimakan, daun nanas juga ada gunanya.
Gambar di atas adalah alat meraut daun nanas.
Posted by misnahjuki at 6:31 AM 0 comments
Monday, November 9, 2009
HAYATI LIRIK LAGU INI
Kedua-dua lirik lagu ini benar-benar membawa maksud yang mendalam kepada diriku sebagai hamba Allah yang serba kekurangan. Hayati liriknya, agar kita sedar siapa diri kita di sisi Allah yang maha besar dan maha agung.
KEPADAMU KEKASIH (Hattan)
Kepadamu kekasih
Aku berserah
kerana kau lebih mengerti
Apa yang tercermin di wajaku ini
bersama amali
Kepaddamu Kekasih
Aklu bertanya
Apakah Kau yang menerimaku kembali
Atau harus menghitung kagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampaku ke sisi
Tanpa harga diri
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum aku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
Kepadamu kekasih
Ku serahkan jiwa dan raga
jua segalanya
Apakah kau akan menerima penyerahan ini
Apakah kau akan menerimaku dalam keadaan begini..
MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR (Search)
Ada yang tertinggal
setelah terbenam mentari
Ada yang teringgal
setelah kering air di kali
Alam telah meyakinkan
kau mesti pergi
kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan illahi
Ada yang tertinggal
setelah musnah semua mimpi
Kekal selamanya
cintaku dengan cahayamu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masa ada
yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...
yang tinggal...
yang tinggal...
Posted by misnahjuki at 1:32 AM 0 comments
Friday, November 6, 2009
Tiada Tandingnya Keindahan Alam Ciptaan Tuhan
Pulau-pulau Galapagos, di Lautan Pasifik.
Pulau Eleuthera, Bahamas.
Atafu Atoll, Tokelaudi Lauta Pasifik.

Onekotan Island.
Tiada kata seindah bahasa Tiada gambar seindah lukisan, tiada alam seindah ciptaan Tuhan. Lihatlah beberapa imej alam yang dirakam dari sateline NASA ini. Di dunia seindah ini, di syurga bagaimana agaknya.
Posted by misnahjuki at 5:58 AM 0 comments
Thursday, November 5, 2009

Filem '2012' yang bakal berada dipawagam bermula 12 November ini hanyalah gambaran tenatang hari kiamat yang digarap dalam filem Hollywood. Namun kebimbangan tentang rumos yang mengatakan kiamat berlaku 2012 sebagaimana tersebar luas di internet adalah didorong oleh sumber NASA berpandukan pada kalender maya yang berakhir pada 2012.
Tak sabar rasanya nak menonton tayangan 2012' arahan terbarunya. Filem ini menggambarkan tentang bencana alam yang melanda seluruh dunia pada 2012. dibintangi oleh John Cusack, Amanda Peet, Thandie Newton dan beberapa pelakon hebat lain.
Bila menonton filem-filem begitu, membuat aku menginsafi diri bertapa kerdilnya insan yang bernama manusia ini. Dengannya juga menyedarkan kita tentang kemusnahan bumi ini adalah akibat dari tangan-tangan manusia itu sendiri.
Bagaimanapun jangan percaya pada ramalan, kerana kiamat tiada siapa yang tahu kecuali ianya urusan Allah Suhanawataala. Bersedialah wahai saudara-saudara Islamku, kiamat bakal berlaku dan memang pasti berlaku!
Posted by misnahjuki at 5:34 AM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
Projek Taman Kaktus


Posted by misnahjuki at 11:41 PM 1 comments