Wednesday, November 11, 2009

X-Students yang masih ingat cikgu!



Lawatan Ke Muzium Nanas di Pontian, Johor.






















Pada 10 November 2009. seramai 9 orang guru-guru dari SMK Bukit Naning telah mengadakan lawatan ke Muzium Nanas di Pontian Guru.  Rombongan mini ini diketuai oleh Pengetua Tn Hj. Ibrahim b. Adzrai. Tujuan lawatan adalah untuk menjalin hubungan muhibbah antara pihak sekolah dan Muzium Nanas kerana SMKBN telah mewujudkan sebuah Galeri Nanas di sekolah kami. Kami tiba di sana lebih kurang 2.30 petang.  Disambut mesra oleh seorang kakitangan Muzium Nanas, En Ahmad Ahsik yang bertugas pada masa itu. Rombongan ini di bawa ke setiap sudut pameran. 






















Gambar menunjukkan En. Ahmad Ahsik sedang memberi penerangan tentang pelbagai jenis nanas yang ditanam di Malaysia.Selain dari buahnya yang boleh dimakan, daun nanas juga ada gunanya.
Tahukah anda bahawa daun nenas boleh menghasilkan benang.  Benang dari daun nanas boleh dibuat baju. Kain yang dibuat dari benang nanas ini dipanggil sebagai 'Kain Bodo'.  Kami difahamkan pakaian dalam gambar ini diperbuat dari benang nanas. Pada asalnya kain benang nanas ini diusahakan secara meluas di Filipina. Malah rekabentuk baju yang dihasikan pun sememangnya menyerupai baju kebangsaan negara Filipina.























Gambar di atas adalah alat meraut daun nanas. 
Gunanya alat ini ialah untuk mendapatlan benang dari daun nanas.
En. Ahmad Ahsik turut membuat demo bagaimana benang nanas diperolehi dari daun nanas.






















Gambar menunjukkan bagaimana melurut daun nanas sehingga terhasil benangnya.





Model peladang nanas yang macho habis. Sayangnyer bisu!

















Pokok Nanas hiasan yang terdapat di laman Muzium Nanas, Pontian.


Nanas LFT INDIA.

NanasLFT INDIA  ini memang mengkagumkan.  Mempunyai pangkal seperti Tapak Sulaiman. Hebat sungguh ciptaan Tuhan. Ada banyak lagi nanas yang menarik bentuknya tapi tak sempat dirakamkan kerana kami kesuntukan masa. Bagaimanapun banyak pengetahuan yang dapat dikumpulkan hasil dari lawatan singkat ini.  Kami harap Projek Galeri Nanas SMKBN akan dapat menghimpun sedikit sebanyak maklumat yang berfaedah kepada pelajar dan orang ramai kelak.






Terimakasih kepada MuziumNanas,Pontian, Johor.





Monday, November 9, 2009

HAYATI LIRIK LAGU INI

Kedua-dua lirik lagu ini benar-benar membawa maksud yang mendalam kepada diriku sebagai hamba Allah yang serba kekurangan. Hayati liriknya, agar kita sedar siapa diri kita di sisi Allah yang maha besar dan maha agung. 

KEPADAMU KEKASIH  (Hattan)
Kepadamu kekasih
Aku berserah
kerana kau lebih mengerti
Apa yang tercermin di wajaku ini
bersama amali

Kepaddamu Kekasih
Aklu bertanya
Apakah Kau yang menerimaku kembali
Atau harus menghitung kagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampaku ke sisi
Tanpa harga diri

Aku tinggalkan
Jawapan yang belum aku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

Kepadamu kekasih
Ku serahkan jiwa dan raga
jua segalanya
Apakah kau akan menerima penyerahan ini
Apakah kau akan menerimaku dalam keadaan begini..























MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR (Search)
Ada yang tertinggal
setelah terbenam mentari
Ada yang teringgal
setelah kering air di kali

Alam telah meyakinkan
kau mesti pergi
kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan illahi
Ada yang tertinggal
setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
cintaku dengan cahayamu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masa ada
yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...
yang tinggal...
yang tinggal...

Friday, November 6, 2009

Tiada Tandingnya Keindahan Alam Ciptaan Tuhan





















Pulau-pulau Galapagos, di Lautan Pasifik.



















Pulau Eleuthera, Bahamas.




















Atafu Atoll, Tokelaudi Lauta Pasifik.




















Onekotan Island.


Tiada kata seindah bahasa Tiada gambar seindah lukisan, tiada alam seindah ciptaan Tuhan. Lihatlah beberapa imej alam yang dirakam dari sateline NASA ini. Di dunia seindah ini, di syurga bagaimana agaknya.


Thursday, November 5, 2009


Filem '2012' yang bakal berada dipawagam bermula 12 November ini hanyalah gambaran tenatang hari kiamat yang digarap dalam filem Hollywood. Namun kebimbangan tentang rumos yang mengatakan kiamat berlaku 2012 sebagaimana tersebar luas di internet adalah didorong oleh sumber NASA berpandukan pada kalender maya yang berakhir pada 2012.

Tak sabar rasanya nak menonton tayangan 2012' arahan terbarunya. Filem ini menggambarkan tentang bencana alam yang melanda seluruh dunia pada 2012. dibintangi oleh John Cusack, Amanda Peet, Thandie Newton dan beberapa pelakon hebat lain.


Bila menonton filem-filem begitu, membuat aku menginsafi diri bertapa kerdilnya insan yang bernama manusia ini. Dengannya juga menyedarkan kita tentang kemusnahan bumi ini adalah akibat dari tangan-tangan manusia itu sendiri.

Bagaimanapun jangan percaya pada ramalan, kerana kiamat tiada siapa yang tahu kecuali ianya urusan Allah Suhanawataala. Bersedialah wahai saudara-saudara Islamku, kiamat bakal berlaku dan memang pasti berlaku!

Wednesday, November 4, 2009

Projek Taman Kaktus








Dalam fikiran sudah terbayang bagaimana Projek Taman Kaktus bakal aku laksanakan tahun depan. Ke arah Sekolah Lestari, aku bercadang untuk membina Taman Kaktus depan bilik seni.
Projek tu akan dijalankan di bawah Persatuan Seni dan Budaya dengan kerjasama guru penasihat dan ahli persatuan.

Nampaknya aku kena buat research tentang berjenis-jenis kaktus dan cara penjagaannya.